Sunday, June 22, 2008




Mee Kung Fu

Bahan-Bahan

Mee Kuning, Bawang Putih (cincang), Oyster Sauce, Telur, Bawang Merah, Udang, Sotong, Daging, Carrot, Sawi, Capsicum, Baby Corn, tomato, n Tambahlah bahan-bahan lain mengikut citarasa, Air, Tepung gandum, Garam n Gula.

Cara-cara

1. Goreng Mee Kuning dengan minyak sehingga garing. Angkat dan toskan.(boleh juga guna mee kuning yang dah siap goreng)tapi saya tak pasti apa namanya.

2. Tumis bawang putih, kemudian masukkan daging, udang n sotong.

2. Bila udang, sotong dan daging dah masak masukkan oyster sauce.

3. Then masukkan sedikit air (kalau nak kuah banyak masukkan banyak air) then letak sedikit bancuhan tepung gandum (utk memekatkan kuah).

4. Bubuh garam, gula n perisa.

5. Then masukkan telur n Masak hingga kuah mendidih.

6. Last sekali masukkan carrot, baby corn, bawang merah, tomato, sawi, n semua.

7. Matikan api dah bubuh diatas Mee Kuning yang telah digoreng tadi.

8. Siap untuk dihidang.

Maaflah ya, saya ni kalau masak main bubuh je ikut seberapa yang saya nak so pandai-pandailah agak megikut berapa banyak nak masak.



No comments: