Bahan-bahan:
1/2 cup kacang hijau
1 ketul gula melaka
1 kotak kecil santan
5 sudu besar gula pasir
sedikit garam
12 ulas durian
Cara-cara:
1. Rebus kacang hijau selama setengah jam atau sehingga kembang.
2. Cairkan gula melaka setelah masak tapiskan ia.
3.Setelah kacang masak dan kembang, masukkan garam, gula pasir diikuti dengan gula melaka dan juga santan.
4. Rebuskan seketika sehingga mendidih (sambil dikacau supaya santan tak pecah).
5. Akhir sekali masukkan durian dan didihkan lagi sehingga durian sebati. (sentiasa kacau)
No comments:
Post a Comment